Wednesday, January 13, 2010

KELUARAN DAN PERKHIDMATAN

Mengubah seni taman (laman) anda ke satu keindahan

Penyelenggaraan

Jadual penyelenggaraan kolam dan akuarium secara berkala dan lawatan ujian bagi memastikan kualiti yang cekap serta efisien paling sesuai terhadap sistem disamping kesihatan ikan yang telah di isi. Kesemua pemerhatian dan bacaan yang direkod untuk dokumentasi dan sesalinan laporan akan diberi kepada pelanggan kami.



Akuarium yang tersusun & Intergrasi rekabentuk dalaman



Nikmatilah keindahan sepenuhnya kolam dan keindahan air dapat mengujudkan suasana bagi menarik serta membangkitkan minat serta keinginan secara tidak langsung. Jiran atau tetamu anda akan berasa cemburu dengan keindahan dan kaedah kolam yang telah dipasang oleh kami secara profesional. Wakil kami berupaya memberi khidmat nasihat dalam merekabentuk, pemasangan hingga penyelenggaraan satu kolam ikan atau seni taman bercirikan air di laman anda yang amat cantik dan mesra alam.

Fotfolio kami mengandungi beberapa pilihan akuarium mengikut kesesuian yang telah ditempah, dipasang beranika jenis dengan bahan mesra alam dengan penyudahan yang menarik. Bagi memastikan setiap tempahan serta penyelenggaraan anda di penuhi mengikut masa yang ditetapkan, kami mengambil pekerja yang berpengalaman dan kemahiran agar dapat memenuhi kehendak anda baik di rumah kediaman ataupun pejabat anda.


Pembinaan & Pemasangan Kolam




Semasa pembinaan dan pemasangan dijalankan, anda akan ketahui bagaimananya wakil kami yang komited dengan kerja mereka. Kami akan pastikan hasil kerja kolam dan laluan sesalur paip akan dipasang dengan teratur dan sedap mata memandang.

Sistem Penapisan Secara Profesional



Pelanggan amat prihatin dan perlukan kolam serta akuarium mereka air yang jernih sentiasa, ikan berwarna warni yang kelihatan sihat serta cergas. Ciri ini memerlukan satu sistem penapisan yang baik.

Kami merekabentuk sistem penapisan kami dengan mengambikira siaz kolam, kandungan air, jenis serta bilangan ikan yang sesuai di isi agar pemikiran anda sentiasa tenang walaupun dimana anda berada.

Dalam menjayakan khidmat kami untuk menghasilkan satu suasana pengairan yang sihat, wakill kami yang professional berupaya menghasilkan satu rekabentuk dan sistem penapisan yang efektif untuk kolam dan akuarium berasaskan intergrasi putaran nitrogen , tahap pengoksijen, kuantiti ikan yang di pelihara, kapasiti air, sistem kitaran air dan bahan penapisan.

MENGENAI KAMI

Jaminan Kami

Bayangkan setelah penat bekerja seharian di luar dan apabila pulang ke rumah di temani dengan suasana tenang dan tenteram dimana kedengaran bunyian air yang mengalir, tanam-tanaman pokok serta bunga-bunga cantik.Paling mudah, kini ruang tamu dan laman anda juga boleh menjadi satu tempat yang ideal untuk beristirehat di waktu lapang.

Sebagai peneraju dalam rekabentuk, pembinaan, pembekalan dan pengurusan peyelenggara kolam ikan, Becirikan teknologi air dengan sistem penapisan biologi, pihak kami menampilkan projek dengan sentuhan kepekaan artis lagi bergaya, sesuai untuk digunakan samada untuk kediaman rumah atau pun pejabat.

Kami mengambil konsep seni hiasan dalaman dan taman (laman) bagi mengabungkan kecantikkan berfungsikan warna , susun atur bentuk dan melahirkan kejiwaan menggunakan teknologi terkini lengkap dengan sistem penapisan yang telah dipasang secara teliti serta professional dan yang paling utama adalah efektif.

Dengan kerjasama dan nasihat pelanggan kami, kami berupaya untuk merealisasikan visi kami untuk melahirkan satu persekitaran senibina keindahan yang semulajadi.
Adalah menjadi kepuasan kami dalam menjalankan kerja disamping kami dapat memberi satu kepuasan kepada pelanggan kami. Kami amat berbesar hati kerana dapat mengubah ruang tamu dan laman anda ke satu keindahan yang semulajadi.

CIRI - CIRI LIVE AQUA

  • Akuarium direka mengikut kesesuaian pelanggan
  • Gelas kaca jernih
  • Mudah untuk diselenggara
  • Penjimatan ruang dan lansing ( nipis )
  • Saiz mengikut pelanggan
  • Struktur pertumbuhan air tropikal
  • Pilihan bingkai 3 dimensi
  • Sistem pencahayaan lampu dan penapisan dalam
  • Permukaan lebar untuk paparan menarik
  • Sentuhan dalaman menarik


MENIKMATI KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI BAWAH PERMUKAAN AIR DI RUANG TAMU PEJABAT ANDA

Pernahkah anda ke aquaria klcc atau ke singapura underworld sea? kini anda boleh melihatnya setiap hari di ruang tamu pejabat anda. Ambillah kesempatan ini untuk menjadi pelanggan terawal kami yang menggunakan teknologi terbaru dimana ianya merupakan hasil kerja kami yang unik dan menarik. Tetamu-tetamu anda akan sentiasa merindui untuk melawat kembali ruang tamu anda dan ini membuatkan anda berasa bangga kerana memiliki sebuah “LIVE AQUA” berserta dengan frame yang mengikut citarasa anda sendiri.



Hanya anda yang memahami kehendak kepuasan untuk mencantikkan ruang tamu pejabat anda, walaubagaimanapun wakil kami yang pakar dapat membantu memberi khidmat nasihat baik dalam rekabentuk hiasan dalaman mahupun teknikal yang bakal memenuhi citarasa anda jua. Kami menghormati pendapat anda dan akan akur dengan sebarang keputusan tanpa mengira khidmat kami diguna pakai atau sebaliknya.

Antara ciri-ciri produk kami ialah akuarium direka mengikut kesesuaian Pelanggan, gelas kaca jernih, mudah untuk di selenggarakan, menjimatkan ruang dan langsing (nipis), saiz mengikut pelanggan, struktur pertumbuhan air tropical, pilihan bingkai 3 dimensi, sistem pencahayaan lampu dan penapisan dalam, permukaan lebar untuk paparan menarik dan sentuhan dalaman menarik.


Anda tidak perlu risau kerana syarikat lagenda prima enterprise adalah syarikat yang berdaftar dengan kementerian kewangan Malaysia dan berstatus bumiputra. Syarikat kami berpengalaman lebih 2 tahun menjalankan kerja-kerja hiasan dalaman dan lanskap. Syarikat kami juga sedang menjalankan kerja-kerja tersebut di syarikat swasta.
Terima kasih diharapkan, serba sedikit makluman serta penjelasan kami dapat menarik minat atau membuka ruang minda anda kearah satu penemuan terbaru yang belum dinikmati oleh tetamu anda yang lain. Anda akan berasa bertuah kerana menjadi ‘pioneer’ peneraju utama memiliki akuarium yang terkini diwaktu ini. Bersama-sama ini disertakan beberapa contoh reka bentuk “LIVE AQUA” yang telah dipasang kepada pelanggan-pelanggan kami.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut tentang lain-lain produk keluaran kami, cara-cara pemasangan dan rekabentuk , kerja-kerja yang telah, sedang dan akan dilaksanakan, bolehlah berhubung dengan wakil syarikat kami yang sudi melapangkan masa untuk anda.